Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!

Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot! - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article Maintenance, Article Perodua, Article Servis Kereta, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
link : Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!

Read also


Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!

Kempis poket. Memang awal tahun ni kalah dengan orang yang ada anak sekolah. Tapi IQ rasa IQ tak boleh kalahkan lagi mereka yang ada anak sekolah sampai 3-4 orang. Yang tu confirm beribu habis tiap kali musim persekolahan bermula. Kan?
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
Masa untuk servis!
Nak dipendekkan cerita, lepas IQ renew roadtax minggu lepas, IQ dah estimate yang kereta IQ pun bakal diservis dalam bulan Januari ni juga. Mana tak nya, sehari travel 80km. Dalam masa 2 bulan lebih pun dah boleh cecah 4000km. Menakjubkan sebab sebelum ni pergi kerja pun tak sampai 40km sehari. Memang kereta pun menjerit-jerit nak minta diserviskan.

Tapi kali ni bukan servis major. Hanya minor servis sahaja. Oh ya, IQ buat dekat Pusat Servis Perodua Taman Salak Jaya, Salak Selatan. Jauh tak dari rumah? Jauh jugak dari rumah tapi Pusat Servis Perodua area rumah IQ dah penuh walaupun IQ call sehari sebelum! So, IQ plan ke Salak Selatan jer sebab IQ pernah servis dekat sana sekali sebelum ni.

Minor servis kali ni hanya tukar minyak hitam, air filter dan juga gasket. Total awal hanya RM160++. IQ just angguk tapi IQ minta dorang cek bahagian tayar sebab bila IQ bawak kereta dan brek mengejut, stereng kereta bergegar teruk.

ADA KEROSAKAN BAHAGIAN TAYAR
Selepas dorang cek, Ya! Ternyata ada kerosakan pada Disk Brake, Brake Pad dan juga Mounting Absorber kereta IQ. Brake pad dah haus dan menyebabkan kerosakan pada Disk Brake. Mounting Absorber pun dah rosak kena tukar. IQ minta dorang quote harga untuk tiga-tiga barang yang perlu diganti tu terlebih dahulu. (Walaupun IQ fikir masa ni kalau tak mampu nak tukar, IQ akan hold dulu untuk tukar)

Estimation IQ, kalau harganya over 1k memang IQ akan hold dan mungkin tukar beberapa barang dulu. IQ cuak jugak nak tukar macam-macam ni. Tapi mujur adik IQ dan suaminya datang, boleh minta nasihat sikit tentang kereta. Sebab IQ ni macam Pro sangat pasal kereta tapi tak der pro mana, takat isi minyak dan pecut laju tu boleh la...haha!

QUOTATION BARU PULA CECAH.....
Dorang akhirnya bagi quotation baru dekat IQ. Total RM664.05. Fiuhhhh. Tak over 1k. Macam nak suruh tukar jer semua. Sebab IQ dah malas nak tukar dekat tempat lain yang belum tentu jaminan barangnya. Yelah, tukar dekat Pusat Servis Perodua InsyaAllah terjamin, ye dak? IQ setuju dengan harga dan penukaran 3 barang tadi ambil masa 1 jam lagi. IQ beredar kejap pergi minum dengan adik dan suami serta anaknya di kedai berhampiran.

TAPI...IQ lupa nak cakap. Pusat Servis Perodua Taman Salak Jaya ni tak ada sistem untuk buat allignment dan balancing. So, lepas IQ tukar 3 barang tadi, dorang tak dapat nak buat A&B sekali. So, nak tak nak IQ kena buat dekat kedai tayar dekat luar jugak. Hurmmm....entah berapa la kena kat luar tu nanti.
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
Esoknya, IQ pergi ke kedai tayar area pejabat IQ dekat Glenmarie Shah Alam ni. Banyak kedai tayar berderet dekat situ, dan IQ berenti dekat satu kedai ni. Nampak macam tak ada kereta sangat. Mungkin sebab waktu lunch. IQ disapa oleh seorang uncle. So, IQ pun ringankan mulut bertanya harga...

"Uncle, Allignment & Balancing berapa? - IQ
"Ooo..Allignment & Balancing RM45 saja" - Uncle
"Wahhh..manyak mahal ek?" - IQ
"Itu sudah murah maaa." - Uncle

Lepas IQ duk fikir 10 saat, IQ decide untuk teruskan sahaja. IQ ni jenis tak ada kekuatan nak beredar dan tanya beberapa kedai lagi. Cukup satu kedai jer. Malas nak pikir banyak, waktu lunch pun tak lama. So, proceed jer.

Settle balancing, buat Allignment plak. Masa ni muncul plak isu baru.

"You punya Chamber screw kena tukar, pakai yang macam ni senang nak adjust" - Uncle

IQ dah alert pasal skrew ni dah lama tapi belum bertukar lagi sejak 4 tahun lepas. Dan akhirnya IQ setuju tukar. Tapi sebenarnya tak perlu pun sebab skrew original sebenarnya lebih elok dan tahan lama. Risiko pakai skrew yang boleh adjust ni boleh patah dan rosak. Sebab kualitinya boleh ditipu oleh mana-mana orang sekalipun.

Tapi IQ dah terbuat keputusan tukar Chamber Screw ni. Hari esoknya baru adik ipar IQ bagitahu tentang hal ni yang agak membimbangkan hati IQ. Memang bimbang la, kang patah, bahaya la nyawa IQ dengan Qa'id. huhu.

IQ plak tertanya pasal Whipper memandangkan Whipper IQ pun perlu ditukar. Depan belakang tukar. Uncle tu beri RM20 setiap satu. Jenama Bosch. Mahal? Nasib la...huhu. Nak beli dekat tempat lain memang tak ada masa la kot. Sekali tukar, hamek! Semua nak tukar.
Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
So, total bil dekat kedai Uncle ni RM153.70 termasuk GST. Hulur kad bank pun terketar-ketar. huhu. Nasib la. Dah 4 tahun pakai kereta ni. Memang perlu tukar mana yang patut dah. Kawan IQ pun ada cakap, kereta ni efektif dalam 3 tahun jer. Lepas 3 tahun, ada la yang perlu ditukar. Yes, IQ setuju sangat.

Allignment yang IQ buat dekat kedai uncle ni tak berapa nak memuaskan. First IQ buat lepas buat Allignment, bawak mesti berat ke kiri. Kereta akan menghala ke kiri. So, IQ pergi ke kedai Uncle tu balik esoknya. Mula-mula dia tak ingat! Dia nak cas lain, tapi bila IQ cakap IQ datang sebelumnya, baru dia macam, owhh..ok2! Kali ni dia beri staff yang lebih berpengalaman handle.

Hasilnya? Ok la dari hari sebelumnya. Tapi IQ tak tahu la nak recommand kat korang ke tak kedai ni? Korang nilai la sendiri harga dan hasilnya. Mungkin nak cuba kedai lain plak lepas ni. huhu. Total habis untuk kereta kali ni RM817.75. Pengsan!

ADA KERETA JAGA, JANGAN ROSAK BELI LAIN
Kereta ni kena jaga. Kalau pakai dan rosak terus nak beli yang baru, tak kena la kan? Rugi! Sebab kereta ni ada susut nilai. Beli baru tak beri apa keuntungan. Beli dan jual pun rugi jugak sebab silap hari bulan jual pun kena topup balik harga kereta mengikut pasaran. Rugi tak? rugi laaa...

IQ sayang kereta IQ sekarang ni. Sebab first car IQ. Masa first IQ beli, Arwah Ummi IQ dulu yang naik lepas IQ naik. Lepas tu, IQ kahwin. Memang kereta ni kereta IQ dan Arwah Suami IQ. Kereta pertama Qa'id Aqhar naik. InsyaAllah tak akan jual sampai bila-bila.


That's the article: Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot!
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Servis Kereta Habis RM800++?? Kereta Kecik Jer Kot! with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2018/01/servis-kereta-habis-rm800-kereta-kecik.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)