Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!

Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya! - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article IQ, Article Parenting, Article Parenting Blogger, Article pEnGaLaMaN, Article Pengasuh, Article Qa'id Aqhar, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!
link : Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!

Read also


Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!

Lama kan tak cerita pasal si budak kecik Qa'id? Meh IQ nak cerita tentang Qa'id dengan pengasuh Qa'id. Pening IQ dibuatnya. Bukan senang oi!

Mencari pengasuh yang sesuai bukanlah mudah. Sebelum ni ada yang ikhlas nak jaga, namun ada juga yang tak berapa nak ikhlas. IQ sebagai ibu ada naluri ibu yang boleh dapat tahu pengasuh tersebut dapat jaga anak kita dengan baik atau tidak. Ada satu ketika, masa tempoh IQ hantar, pengasuh sementara sms tanya kenapa anak tak mau tidur, anak ajar tidur buai ke...bla bla bla...hati dah tak senang...balik kerja awal..terima kasih jaga anak untuk SEHARI...

Ok, tu kisah lama...kisah masa zaman Arwah ayah dia ada lagi. Alhamdulillah. Lepas IQ berhijrah pindah dari Kota Damansara ke Keramat, IQ ditemukan dengan pengasuh Qa'id yang ikhlas nak jaga dia. Berpengalaman menguruskan anak asuhan. Lega sangat. Ditambah blok sebelah jer, dan hanya perlu jalan kaki tiap pagi untuk hantar Qa'id ke rumah pengasuh.

DAPAT BERITA MENGEJUT!
Namun, keadaan sedikit kelam kabut hujung minggu lepas sebab IQ dapat berita suami kepada pengasuh Qa'id masuk hospital dan tak tahu keadaannya macam mana. Jadinya, nak tak nak IQ kena cari pengasuh sementara untuk Qa'id. Macam biasa, IQ akan search pengasuh dekat group FB Kelab Pengasuh KL Selangor. Dekat situ IQ just search ikut kawasan IQ jer. Mudah. IQ sejenis manusia yang malas nak pos iklan perlukan pengasuh dan tunggu respon pengasuh2 sekalian. So, IQ cuma akan pergi ke mana-mana entry iklan yang pengasuh komen dan letak no.handphone dorang. Mudah kerja.

Kriteria yang IQ tengok opkos la muka. Bukan nak pilih yang cantik, tapi nak pilih muka yang penuh sifat keibuan. Lembut. Walaupun kita tak boleh pandang orang dengan rupa, tapi naluri ibu IQ mesti dapat rasakan satu chemistry dekat bakal pengasuh sementara Qa'id ni. Mudah-mudahan. IQ pun contact sorang pengasuh. Tak available katanya. Contact lagi sorang..nampak macam ok. Dia pun kata OK. Then deal untuk cuba satu hari dulu. Rate hantar pengasuh sehari? Selalunya RM30. Kalau dalam tempoh panjang, boleh dapat kurang lagi. Macam tu la dekat kawasan IQ.

Esoknya IQ hantar Qa'id dekat rumah pengasuh sementara. Berbeza blok dan perlu pergi dengan kereta. Masuk jer rumah pengasuh Qa'id dah start nak nangis. Tak bagi IQ tinggalkan dia. Terus rasa nak cuti hari tu tapi hati kena kuat. huhu. Try pujuk dia dengan mainan. IQ keluar dari rumah pengasuh slow2 dan bersembunyi di satu sudut. Lama Qa'id nangis. Dalam 10 minit tapi akhirnya senyap...dan IQ berlalu pergi office. Mudah-mudahan Qa'id baik-baik jer.
Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!
QA'ID MENANGIS? KENAPA?
Bila tiba waktu ambik, sampai dekat rumah pengasuh, IQ dah terdengar Qa'id nangis kuat sangat. Bila IQ masuk rumah pengasuh, pengasuh bagitahu Qa'id tetiba jer menangis tanpa sebab. IQ pujuk dan mintak kebenaran balik. IQ bagitahu mungkin IQ akan hantar dekat dia lagi hari esoknya memandangkan tiada khabar berita daripada pengasuh tetap Qa'id. So, pengasuh sementara Qa'id pun cakap ok jer. 

Dua hari berikutnya IQ hantar Qa'id lagi dekat pengasuh sementara. Nampak Qa'id tak berapa nak happy. Hari last hantar pun tetiba dia cakap "takut...takut" Then, IQ sedar ada something tak kena. Walaupun dari hari pertama pun IQ tak sedap hati bila ada luka belakang Qa'id, namun tetap bersangka baik dan anggap Qa'id mungkin terlanggar bucu meja. Akhirnya, IQ terpaksa buat keputusan untuk stop hantar dekat pengasuh sementara ni. IQ cuba explain baik2 pada dia, supaya tak menimbulkan apa-apa isu. Mujur dia pun paham. IQ faham, dia mungkin jaga tak ramai budak-budak. Walaupun Qa'id ni selalu main sorang-sorang tapi dia agak aktif. IQ plak risau pengasuh sementara tak tahan dengan perangai Qa'id. huhu.

JALAN TERAKHIR....
IQ pilih satu taska untuk Qa'id tak jauh jugak dari rumah tapi masih perlu naik kereta. Petang tu terus IQ jumpa cikgu yang handle taska tersebut. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Qa'id pada awalnya tak nak masuk dalam taska pun tetiba tak nak balik langsung. Rasa nak tidur dekat taska tu ajer kerjanya. Nampak mainan terus lupa ibu dia. huhu.

Hari ni masuk hari ketiga hantar Qa'id ke taska. Alhamdulillah. Pagi-pagi tak ada drama lagi setakat ni. Cikgu Qa'id cakap, Qa'id suka buat hal sendiri, tak menangis dan baik budaknya. Alhamdulillah. Anak ibu banyak ikut perangai Arwah ayah. Kalau ikut perangai ibu, pening jugak cikgunya. hehehe.

Moga Qa'id terus serasi dengan tempat baru Qa'id ni. InsyaAllah.


That's the article: Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya!
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Qa'id Tukar Pengasuh Lagi? Pening Ibu Dibuatnya! with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2018/03/qa-tukar-pengasuh-lagi-pening-ibu.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)