Katakan Dengan Indah...Yang Baik-baik Saja

Dah lama betul tak menulis secara personal. Kadang rasa tak terluah dek kerana jaga hati orang sahaja. Nak meluah pun tengok orang, masa dan tempat. Susah betul kalau tiada berteman. Luahan cerita jemm balik kerja pun tak ada orang nak layan.

Nampak macam kuat tapi kadang mahu juga someone yang setia mendengar. Waktu-waktu macam ni la, duk rindu dekat Arwah...yang paling setia dengar IQ berceloteh. IQ berceloteh? IQ banyak mulut sebenarnya. Macam bertih jagung. Orang sekeliling hanya nampak IQ sebagai seorang yang pendiam dan garang. Hakikatnya tak pun.

Situasi emosi tak stabil ni normal la bagi perempuan. Kadang nampak dia ok, boleh survive. Tapi ada masanya dia perlukan rehat, perlukan perhatian. Bukannya sepanjang masa dia boleh tersenyum depan orang lain. Dia tetap perempuan, manusia bukan robot.

IQ tahu suatu ketika dulu pernah IQ khabarkan IQ dah tak mahu berpasangan. Namun, hari demi hari...IQ sedar. Memang hidup ni perlu berpasangan. Dengan keadaan IQ masih di awal permulaan hidup berkeluarga, IQ dah hilang kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Bangun sendiri bersama seorang anak kecil, memang perlukan kekuatan yang luar biasa.

IQ tak mencari sesiapa tika ini. IQ sedar bukanlah mudah dengan status IQ sekarang mudah untuk cari pasangan hidup. Yang bujang tetap mencari bujang. Yang pernah berkahwin pun masih status fobia ingin meneruskan hidup berpasangan. Yer, bukan mudah.

IQ tak menolak kemungkinan yang IQ akan berkahwin lagi. Untuk masa depan IQ dan juga Qa'id Aqhar. Mengharapkan yang terbaik untuk si kecil. Dan diri IQ sendiri. Mungkin ada yang berkata, IQ cakap tak serupa bikin. Berdirilah atas kaki IQ. Rasai apa yang IQ rasa.

Bukan mudah IQ buat keputusan semua ni. Hampir 2 tahun Arwah pergi tinggalkan IQ. Kadang tengok gambar dan videonya pun cukup buat IQ meruntun rindu. Rindu nak bergurau dengan insan bernama suami. Yang sentiasa di sisi mengadap baik dan buruk diri ni.

I said my best word here. Because I am sad now. Crying. Best word comes when you are emotional right?

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)