Title : Sayangi Mata Anak Anda, Tips Mudah Untuk Jaga Mata Anak Yang Hantu Gajet!
link : Sayangi Mata Anak Anda, Tips Mudah Untuk Jaga Mata Anak Yang Hantu Gajet!
Sayangi Mata Anak Anda, Tips Mudah Untuk Jaga Mata Anak Yang Hantu Gajet!
Zaman sekarang kan mana nak elak penggunaan gajet pada anak-anak. Dalam kita tak sedar, dengan penggunaan gajet yang berterusan tanpa henti, pastinya memudaratkan kesihatan mata anak-anak kita. Macam IQ sendiri amat risau dengan kesihatan mata anak IQ yang perlu belajar secara online sepanjang PKP yang lepas. Mujurlah cuti sekolah dah tiba namun ada benda lain pula yang nak dingadapnya, iaitu Youtube!
Pantang bagi peluang pegang handphone, sebelum tu mesti pakai spek siap2 |
IQ pula baru sahaja berkesempatan menyertai satu seminar percuma tentang 'Bagaimana Nak Jaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Pengunaan Gajet' yang disampaikan oleh Dr Mohd Hafidz bin Ithnin, seorang Pembantu Professor di Jabatan Optometri dan Sains Visual Kuliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, merangkap Konsultant Optometri di Optom Eyecare.
Banyak ilmu yang IQ peroleh sepanjang seminar berkenaan yang juga banyak membuka mata IQ tentang kesihatan mata anak-anak pada zaman sekarang ni. IQ pasti ada segelintir ibu bapa kurang perhatian tentang kesihatan anak-anak dengan memberi gajet tanpa had masa. Ada kalanya sampai tahap anak pun boleh marah ibu bapa sebab rampas handphone kan? Betul tak apa IQ cakap ni?
Penggunaan Gajet Di Kalangan Kanak-kanak Amat Membimbangkan!
Bila tengok anak IQ main gajet lama-lama, mula la hati IQ tak senang. Yelah, lagi-lagi bila Dr mengatakan statistik penggunaan telefon pintar hampir 100% kadarnya. Statistik tu termasuklah kanak-kanak iaitu anak-anak kecil kita. Penggunaan pulak makin rancak bila tibanya hujung minggu sehingga melebihi 3 jam sehari sebanyak 62.1%. Tinggi tu! Macam mana la plak dengan kesihatan mata anak dah kalau penggunaan smartphone ni langsung tak boleh nak dikurangkan?
Kesan Penggunaan Gajet Pada Mata Anak
- Peningkatan Power Spek Mata - Bola mata makin lama makin panjang dan akan berhenti memanjang pada umur 13 tahun. Jika terlampau melihat gajet dalam tempoh masa yang lama, bebola mata kan stretch dan lama kelamaan saraf belakang mata akan koyak dan boleh mengakibatkan buta.|
- Otot Fokus Mata Yang Tak Stabil - Jika mengadap gajet dalam tempoh yang lama, otot mata akan jadi terlampau fokus dan aktif. Dan akhirnya otot akan mengambil masa untuk fokus pada masa akan datang. Sebagai contoh kamera DSLR yang berada di mode manual, pastinya memerlukan masa untuk dapatkan image yang tajam.
- Mata Cepat Penat - Penggunaan gajet yang terlampau lama akan menyebabkan mata jadi kering dan secara tak langsung menyebabkan otot mata tidak dapat dikawal.
- Juling - Perkongsian daripada rawatan yang dijalankan oleh Dr terhadap salah seorang pesakit remaja yang kerap bermain game selama 5 jam tanpa henti yang akhirnya menyebabkan matanya terlampau penat dan tak terkawal. Hasilnya matanya juling disebabkan game selama 5 jam tersebut.
- Susah Nak Tidur (Insomnia) - Penggunaan gajet semestinya mempunyai cahaya putih yang juga menghasilkan cahaya berwarna biru. Ianya menganggu hormon di dalam badan yang membantu untuk kita tidur.
Cara Nak Kawal dan Jaga Mata Anak Supaya Lebih Sihat?
- Berehat Sebentar dan Boleh Sambung Semula Penggunaan Gajet -
Selepas sejam penggunaan gajet, ajak anak untuk lihat pemandangan yang jauh. Boleh juga lihat pokok di luar rumah untuk seketika sebelum sambung menggunakan gajet. - Galakkan Aktiviti Luar Rumah (Outdoor Activity) -
Mata anak-anak yang aktif bermain di luar lebih sihat berbanding mata anak-anak yang sering menggunakan gajet. Mata anak yang sering menggunakan gajet tanpa kawalan juga boleh memberi risiko juling dan perlu memakai spek pada masa hadapan. - Kanta Khas Untuk Penggunaan Gajet - Kanta khas boleh membantu mata anak-anak terlindungi dari cahaya yang boleh merosakkan saraf mata.
- Penggunaan Kanta Penapis Berwarna Biru - Kanta yang selamat digunakan adalah kanta yang menapis cahaya biru masuk ke dalam mata.
- Beri Ganjaran Pada Anak (Tak Semestinya Duit) -
Supaya penggunaan gajet dapat dihadkan. Ibu bapa boleh janjikan anak untuk keluar bermain ataupun berjalan di taman permainan yang juga boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
INFO MENARIK UNTUK SEMUA IBU BAPA!
That's the article: Sayangi Mata Anak Anda, Tips Mudah Untuk Jaga Mata Anak Yang Hantu Gajet!
You are now reading the article Sayangi Mata Anak Anda, Tips Mudah Untuk Jaga Mata Anak Yang Hantu Gajet! with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2021/12/sayangi-mata-anak-anda-tips-mudah-untuk.html
Post a Comment