Penghuni Kedua Rahim Ibu

Penghuni Kedua Rahim Ibu - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Penghuni Kedua Rahim Ibu, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article bAbY, Article Cik Baby, Article Encik Suami, Article KBBA9, Article Kelab Blogger Ben Ashaari, Article pEnGaLaMaN, Article Pengalaman Mengandung, Article Pregnant, Article Qa'id Aqhar, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Penghuni Kedua Rahim Ibu
link : Penghuni Kedua Rahim Ibu

Read also


Penghuni Kedua Rahim Ibu

Rasanya ada sesetengah pihak dah tahu IQ kini sedang mengandung. Sudah genap hari ni baby dalam kandungan berusia 20 minggu. Cukup 5 bulan baby ibu dalam perut ni. Behave sangat, Alhamdulillah. Penghuni kedua rahim selepas Muhammad Qa'id Aqhar.

Namun, kalau ikut giliran sebenar, baby anak pertama IQ bersama suami IQ sekarang dan merupakan anak ketiga kalau ikut bilangan anak2 kitaorang sebab suami IQ pun ada seorang anak perempuan bersama bekas isterinya. Sedar tak sedar anak IQ bukan bakal jadi 2, tapi sudah 3 haaa...

Pengalaman Mengandung
Pengalaman mengandung kali ni? Berbeza yang amat berbanding mengandungkan si Qaid dulu. Kalau Qaid dulu, alahannye bermula petang, muntah-muntah cuma ada waktu petang. Pagi cuma pening-pening emo gitu. Tapi kali ni, sepanjang masa rasa nak muntah. Tu sebab asam mesti melekat dengan IQ. Makan asam confirm okay.

Tapi kedua-duanya buatkan ibunya alahan hanya genap 3 bulan. Lepas 3 bulan, alahan hilang sekelip mata! Amazing betul, behave betul anak-anak ibu, tak buatkan ibu kena alahan lama-lama. Masa mengandungkan Qaid, IQ tak suka bersiap kemas. Maknanya nampak selekeh la. Pakai tudung sarung je kaauuu pergi kerja, da macam cleaner pejabat, tapi kali ni Alhamdulillah. Rajin sangat nak bersiap kemas dan cantik. Adakah kemungkinan adik Qaid ni perempuan?

Masa mengandungkan Qaid pun, badan IQ jadi hitam legam. Kerak-kerak hitam melekat dekat mana-mana lipatan. Orang kata disebabkan perubahan hormon. Entah la, betul la kot. TAPI kali ni, kerak-kerak hitam tu langsung tak ada! Yang ada cuma jerawat2 halus pada badan. IQ ni dah la pantang dengan jerawat halus, geram!! Hurmm....memang berbeza betul pengalaman mengandung IQ kali ni.

Minggu depan IQ checkup. Terus buat details scan. Mungkin awal tapi ayahnya dah tak sabar nak tahu jantina baby ni. Pulak tu, macam boleh nak diorder-order baby ni nak yang macam mana, mata bulat ikut ayah la, putih ikut ayah la, kening ikut ayah, rambut, haaa..ikut ibu! Rambut je ikut ibu? adehai suami suami.

Kalau IQ mengandungkan Qaid dulu, lepas IQ dapat tahu IQ mengandung, memang IQ nangis! sebab takut, tak tahu macam mana rasanya bersalin. Sebab masa tu orang kata sakit bersalin tu sakit yang amat sakit! Tapi sekarang, bila IQ dapat tahu IQ mengandung, rasa bersyukur sangat-sangat. Satu peluang yang besar bagi seorang wanita untuk mengandungkan zuriatnya di samping dosa-dosanya gugur di setiap sakitnya sepanjang mengandung dan bersalin. Kalau meninggal tika bersalin pun dikira syahid, siapa jer tak mahu meninggal syahid kan?

IQ sekarang sibuk sangat dengan kerja seharian. Kadang kesian kat baby bila terpaksa ikut ibu dia outstation, ibu dia stress kerja pun sama dia kena layan, penat ibu dia pun sama. IQ terpaksa cover dua site extra disebabkan rakan sekerja yang berhenti. Penggantinya pula lambat masuk, nak tak nak kena la cover kejap. Tu yang jadi penat sangat untuk tempoh dua minggu yang lepas. Harap-harap baby dalam perut sama-sama kuat macam ibu dia....

Ok la, next time la cerita plak. Saje nak bersihkan sawang blog ni. Tambahan pula kerja hari sabtu tak pack macam hari-hari biasa. Selalunya hari sabtu bekerja, IQ bawak Qaid ke pejabat, tapi hari ni Qaid balik kampung belah Arwah ayahnya. Jumpa atok dan opahnya di sana. Lama juga dorang tak jumpa. Bagi can. Bagi can jugak ibu nak rehat dua hari ni. hehe.
Penghuni Kedua Rahim Ibu
Dua hari lepas berjumpa dengan blogger Cik Renex
Till then gais, bye!



That's the article: Penghuni Kedua Rahim Ibu
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Penghuni Kedua Rahim Ibu with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2019/10/penghuni-kedua-rahim-ibu.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)