Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang

Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article Food Review, Article Jenggo Teluk Intan, Article KBBA9, Article Kelab Blogger Ben Ashaari, Article Kerabu Pucuk Paku, Article Makanan Sedap, Article Teluk Intan, Article Udang Galah Sungai, Article Udang Galah Teluk Intan, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
link : Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang

Read also


Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang


Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang

Udang galah sungai atau dipanggil Jenggo memang terkenal kalau berada di Teluk Intan. Teluk Intan yang sekarang dah jadi hometown IQ sejak awal tahun lepas, memang menjadi kegemaran IQ untuk makan Jenggo di kala mengidam ni. haha!

Hari tu husband IQ mesej, "Ayah ada mancing udang, ayah tanya bila nak balik, ayah simpan udang untuk baby" Beberapa ayat ni pun dah buatkan IQ tak sabar nak balik kampung husband. Pandai ayah mertua pancing IQ balik kampung. Dah lama tak melantak jenggo. Ada la beberapa bulan lepas. huhu.

Kalau dapat makan jenggo, memang family utamakan IQ, yerlah...ibu mengandung kan? Mesti semua orang utamakan, katanya baby nak makan. Padahal ibunya yang makan. Haa..sama la dua2 tu, ibu makan, baby pun merasa makan.

Tambah Stok Jenggo...
Lagi best bila sampai kampung jer, husband nak turun mancing udang lagi. Maknanya nak tambah stok udang yang ada. Nak bagi makan puas2 katanya. Pagi-pagi lepas sarapan, husband dah keluar pergi mancing udang dekat sungai. Bila da petang baru balik...tu dia...bertambah udang galah!

Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
Seronok sangat dapat jenggo yer b...
Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
Stok Jenggo 2 kilo dalam peti.
Jumlah semua udang galah yang ada, 2 kg jugak! Bayangkanlah buat untuk sekali masak. Memang banyak la kan? Selalunya kitaorang buat masak minyak. Means goreng dengan minyak dan planta dulu dan lepas tu baru gaul dengan bawang dan cili. Memang terasa manis udang galah tu.

Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
Jenggo Masak Minyak, Masak simple camni pun serius sedap, terasa kemanisan jenggo nya
1st time IQ makan jenggo ni masa lepas kahwin tahun lepas. Memang ayah mertua ajar macam mana nak makan jenggo dengan betul. Ayah cakap tak yah cover-cover. Makan je pakai dua tangan. Nak buang kulit udang macam mana kalau pakai sebelah tangan jer kan? Hah...sudahnya IQ pun pakai dua belah tangan. Terasa nikmatnya uiii!

Lagi satu makan otak udang, sedut bahagian kepalanya. Memang perghhhh rasa dia! Orang ramai kata tak elok makan otak udang, tapi ayah mertua IQ cakap, makan otak udang la bagus. Yang penting jangan makan kerap sangat. Bukan hari2 kan?

Husband pulak request menu istimewa dengan ibu dia. Kerabu pucuk paku dan kerang. Pagi2 dia dah ke pasar cari bahan untuk dimasak. Sempat lagi husband pesan pada IQ untuk belajar buat kerabu pucuk paku ni dengan ibunya. Jadi, IQ pun menuntut cara-cara nak buat kerabu ni step by step. Ibu pun listkan bahan-bahan dan tunjuk cara-caranya. Ada yang nak resipi kerabu pucuk paku ni juga ke? kalau ada yang nak, sila komen NAK dekat bawah yer!

Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
Kerabu ni Ya Allah, Sedap giler rasa dia. 

Makan tengahari kitaorang hari tu memang meriah betul! Apatah lagi dengan lauk kampung Perak Asli macam ni. Memang sedap! Sekali rasa, memang rasa nak ratah lauk jer, nasi tolak tepi! hihi.

Peringatan...
Tapi ada beberapa perkara yang kena ambik tahu bila nak buat masakan yang ada kerang ni. Husband selalu ingatkan IQ bila sediakan bahan yang ada kerang. Kalau nak makan kerang, perhatikan isinya, kot-kot ada terselit ketam kecik di celah-celah isi kerang tu. Husband cakap, ketam tu boleh buatkan cirit birit yang melampau! IQ pun terkejut bila tahu hal tu sebab IQ rasa sebelum ni IQ tak der efek sangat dengan ketam dalam kerang ni.

Tapi benda ni jadi jugak bila ada isi kerang yang ada ketam yang mungkin IQ terlepas pandang masa sediakan sebelum ni. Husband dan adik ipar cirit birit lepas makan kerabu pucuk paku kerang tu. Sebab dorang paling banyak makan kerang dalam kerabu tu. Mungkin ada ketam terselit yang terlepas pandang. huhu. Meraung la husband sampai ke malam angkara ketam sekecik ituuu. huhu.

So, boleh jadi pengajaran lepas ni. Memang kena aware betul2 isi kerang. Korang pun beringat jugak tau? Perhatikan isi kerang betul-betul sebelum makan, jangan main telan jer.

OK la, till then korang. Bai!


That's the article: Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Udang Galah Jenggo Teluk Intan Masak Minyak Dan Kerabu Pucuk Paku Kerang with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2020/02/udang-galah-jenggo-teluk-intan-masak.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)