Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article LZS, Article Pengetahuan Am, Article Review, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
link : Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Read also


Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay 

Hari ni sudah 23 Ramadan 1441 Hijriah. Lagi seminggu kita semua bakal meraikan Hari Lebaran. Namun, disebabkan musim wabak virus Covid-19, pergerakan kita terbatas bagi menjalankan aktiviti seharian. Malah, solat sunat tarawikh yang ditunggu-tunggu setiap tahun juga dibatalkan. Memang menyedihkan namun demi keselamatan semua, kita harus berjaga-jaga.

Bagaimana Pula Dengan Zakat Fitrah Yang Perlu Dibayar Setiap Kali Ramadan Menjelma? Boleh Tangguh Bayar Ke?

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Persoalan yang bermain di fikiran sekalian umat Islam sekarang apabila zakat fitrah dibayar melalui amil sebelum ni. Ada yang berfikiran zakat perlukan akad. Mungkin ada yang belum mengetahuinya bahawa zakat fitrah boleh dibayar melalui online. Macam pak cik-pak cik, atok-atok semua pasti belum tahu yang zakat boleh dibayar online. 

Betul ke ni? Betul! Pembayaran zakat fitrah melalui online adalah sah. Ikuti kupasan persoalan di bawah untuk penjelasan yang lebih jelas

Assalamualaikum ustaz... 

Soalan:
Apakah hukum zakat fitrah yg dibayar melalui kaedah online dan tidak bersalam (akad) adakah sah zakat nya dan dalil2 yg berkaitan?

Jawapan:
Zakat adalah ibadah yg tidak disyaratkan akad.

Perkara yg wajib dilakukan olh pembayar adalah berniat  menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kpd amil atau terus kpd asnaf.

Zakat adalah termasuk dalam kategori tabarru' (derma/sedekah). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.

Ia berbeza dgn akad mubadalah (pertukaran) sprt bai', jual salam, mudharabah dan lain-lain. Akad atau lafaz ijab dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.

Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.
(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin.
(Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366)

Ok, jelas? Maknyanya pembayaran zakat melalui online adalah sah. IQ pernah bayar zakat fitrah online pada tahun 2017 disebabkan terlupa nak bayar zakat pada waktu itu. Jangan salah sangka. Itu tahun pertama IQ bayar zakat fitrah sendiri selepas permergian Arwah Suami IQ tika itu. Memang kalut semuanya.
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bagaimana Cara Nak Bayar Zakat Fitrah Online Ni?

Pembayaran zakat fitrah melalui online semudah ABC. Malah, lebih kurang caranya seperti kita membeli belah online. Cuma pembayaran zakat fitrah perlu disertai dengan niat yang perlu dilafazkan. Ikuti Cara Bayar Zakat Fitrah Online di bawah.

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Penjelasan yang lebih jelas dalam video di bawah

Kempen Galakan Bayar Zakat Ikut Harga Beras Yang Dimakan

Ini adalah sesuatu yang baru IQ dengar pada tahun ni. Dan galakan ini adalah bagus bagi mereka yang berkemampuan dalam membersihkan rezeki yang diperoleh. Malah dalam sebuah hadis yang direkodkan Abu Hurairah; " Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: " Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"

Rasulullah SAW menjawab: "Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kamu menunda-nunda sedekah sehingga nyawamu sampai di kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu."
(Riwayat al-Bukhari)

Apatah lagi musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, ramai yang terputus, kekurangan bekalan makanan. Mudah-mudahan dengan zakat yang dibayar akan dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan.
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Alhamdulillah, tahun ni suami IQ dapat bayar zakat melalui online dan mengikut kadar beras yang dimakan. Rezeki lebih, kita bayar lebih.

Cara Lain Bayar Zakat Fitrah Online Melalui GoPayz, Boost dan EZO

Dengan teknologi yang kita ada pada zaman sekarang, semestinya memudahkan kehidupan seharian kita. Telefon yang canggih pastinya boleh memuat turun aplikasi-aplikasi yang berguna. Sebagai contoh untuk urusan pembayaran zakat ini.

GoPayz dan Boost kini boleh digunakan untuk pembayaran zakat online. Dengan memuat turun aplikasi GoPayz atau Boost dari App Store atau Google Play, korang boleh bayar zakat online dengan lebih mudah sekarang.

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Online Boleh Dapat Hadiah Juga?

Lembaga Zakat Selangor juga menawarkan hadiah menarik jika korang bayar zakat online. Hadiah menarik menanti korang apabila korang menyertai E-Cabutan dengan mengikuti langkah-langkah tersebut;
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Menarik bukan? IQ pun nak suruh suami IQ join sekali. 

Bagi korang yang bayar zakat online melalui online banking Cimb Islamic, hadiah yang menarik juga ditawarkan.
Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor

Masih Belum Bayar Zakat? Boleh Bayar Zakat Secara Online Dengan Langkah-langkah Di Atas.


Maklumat Lanjut Pembayaran Zakat 

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan pelaksanaan zakat fitrah, boleh rujuk halaman rasmi Lembaga Zakat Selangor dan juga media sosial seperti yang berikut:

Instagram : zakatselangor
Twitter : Zakat Selangor


That's the article: Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Bayar Zakat Fitrah Online Dengan EZakatPay Lembaga Zakat Selangor with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2020/05/bayar-zakat-fitrah-online-dengan.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)