Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - Hi friends, I hope you are all in good health update sa pilipinas, In the article you are reading this time with the title Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, We have prepared this article well for you to read and take information in it. hopefully the contents of the post Article Hilang Kerja, Article KBBA9, Article pengajaran, what we write you can understand. ok, happy reading.

Title : Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
link : Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Read also


Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Salam semua...

Macam mana IQ nak mulakan kata-kata. Rasa kelu tak terluah kadangnya. Susah nak berbicara. Namun, IQ titipkan dekat blog IQ ni supaya menjadi kenangan titik perubahan dalam hidup IQ sekarang. Yer, IQ dibuang kerja dalam tempoh negara kita berkurung bersyarat. Semua orang faham situasi di mana sekalian rakyat diarahkan berkurung disebabkan satu virus yang merebak di seluruh dunia. Dunia yer, bukan Malaysia sahaja. Sebab tu dipanggil Pandemic.

Namun, setelah kerajaan kita mengisytiharkan bahawa beberapa sektor akan dibenarkan untuk beroperasi, memang menjadi kerisauan utama buat IQ. Mana taknya, company tempat di mana IQ mencari rezeki pastinya akan bersungguh untuk mulakan kerja. Sepenuhnya akan mengambil peluang untuk beroperasi.

Sekalian rakan-rakan IQ tahu, malah yang baca blog IQ ni pun tahu yang IQ baru sahaja bersalin. Anak kedua IQ, Luqman masih kecil. Dengan keadaan virus yang merubah keadaan sekeliling dan rutin harian kita semua, pastinya menjadi kerisauan utama IQ untuk menghantarnya ke mana-mana pusat jagaan. Dengan jarak sosial, pemakaian topeng muka senantiasa dan juga penggunaan hand sanitiser setiap masa, virus yang boleh dijangkiti mana-mana individu itu tidak boleh dibawa main-main.

IQ mohon dengan majikan IQ untuk lanjutkan cuti tanpa gaji IQ. Namun ditolak. IQ mohon lagi untuk Work From Home (WFH) atas saranan Perdana Menteri Malaysia apabila beliau mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bermula 4 Mei 2020. Namun, permohonan IQ ditolak lagi sekali. Majikan IQ meminta untuk masuk pada Jumaat 8 Mei 2020.

IQ pulun cari babysitter. Apabila babysitter dijumpai, proses pergerakan antara negeri pula terlibat. Babysitter diimport dari Melaka. Semestinya perlukan masa untuk ke balai dan mohon untuk rentas negeri. IQ mohon untuk masuk pada 12 Mei 2020 disebabkan babysitter yang delay untuk sampai.

Namun akhirnya dapat arahan diberhentikan kerja serta merta pada 8 Mei 2020. Tamat perkhidmatan pada hari berkenaan. Sedih? Semestinya. Punyalah IQ tak kuat untuk baca email tiap kali dihantar, IQ mintak husband IQ bacakan. Memang tergamam bila husband IQ membacanya dan mengatakan IQ diberhentikan.

Apa yang perlu IQ buat sekarang? Semestinya IQ masih punya komitmen bulanan walaupun ianya berkurang disebabkan PKP, namun masih ada beberapa komitmen yang perlu dijelaskan. Macam mana IQ nak membayarnya? Buntu.

Moga ada jalan untuk IQ. IQ coretkan di sini untuk peringatan buat IQ dan yang lain. Cukup sampai di sini. Mungkin IQ akan ambil tindakan atas apa yang berlaku. Tunggu apabila segalanya selesai, akan IQ kongsikan di sini. InsyaAllah.

Till then, bai


That's the article: Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
Thank you for visiting my blog, hopefully it can be useful for all of you. Don't forget to share this article with your friends so they also know the interesting info, see you in other article posts.

You are now reading the article Dibuang Kerja Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2020/05/dibuang-kerja-dalam-tempoh-perintah.html

More Articles

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)