Title : Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran
link : Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran
Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran
Mungkin ramai yang belum tahu, mungkin ada juga yang tertanya-tanya ke mana IQ dan keluarga berpindah setelah sekian lama menetap di Lembah Klang. 7 tahun IQ merantau mencari rezeki di negeri orang. Sebelum-sebelum tu, IQ memang tidak tinggal di negeri kelahiran IQ sejak 2012 lagi. 2 tahun tinggal di negeri lain sebelum mencari rezeki di Lembah Klang. Sedikit sebanyak beri impak dalam kehidupan IQ sekarang.
Diberhentikan Kerja Secara Tiba-tiba!
Lumrah kehidupan sebagai pekerja swasta, ada pasang surutnya. Lagi-lagi di kala pandemik ini, memang banyak memberi kesan dalam kehidupan masing-masing. Dua tahun kita semua mengalami pandemik, dua kali juga IQ diberhentikan kerja. Lagi bertambah cabarannya bila sebelumnya juga suami IQ pun diberhentikan kerja. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, memang keadaan jadi genting dalam masa hanya beberapa minggu.
Banyak yang perlu difikirkan. Apatah lagi IQ sekarang sedang mengandung anak ke-3, peluang mencari kerja semestinya tipis. Mana la majikan nak hire orang mengandung. Tu sebab kisah IQ diberhentikan di kala IQ mengandung agak mengundang marah beberapa pihak. Kalau ikut law, yes...memang tak patut dibuat. Boleh dikenakan tindakan. Tapi biarlah perkara tu settle kemudian. Hidup mesti diteruskan.
Buat Keputusan...
Jadinya, abah IQ di kampung suggest untuk kami berpindah pulang ke kampung halaman IQ. Kampung kelahiran IQ. Syarikat abah IQ perlukan sokongan dari anak-anak di kala ni, impak dari pandemik semestinya semua orang akan terkesan. Syarikat abah IQ pun sama. Kami suami isteri sebulat suara untuk pindah ke Terengganu bagi menolong abah menaikkan kembali syarikat abah IQ. Kat sini memang IQ kagum dengan suami IQ sebab sanggup berkorban, sama-sama susah senang. *tacing
Keputusan diambil memang agak cepat. Urusan pemindahan pun berlaku sangat pantas. Semua ahli keluarga kami baik sebelah suami dan IQ sendiri banyak membantu kami sekeluarga. Tak lupa jasa baik ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan juga ahli kelab blogger IQ yang menyumbang kepada kami. Terharu dengan bantuan semua orang masa ni, memang IQ tak akan lupa sampai bila-bila.
Sanggup datang dari Perak untuk meraikan kami di sini
Masih Kekok...
Genap sebulan IQ berhijrah kembali ke Terengganu. Masih terasa janggal. Masih keliru dengan hari, (hari Ahad adalah hari pertama dalam satu minggu). Sibuk dengan urusan sekolah Qaid yang berbaki beberapa minggu lagi secara online, checkup baby setiap dua minggu. Buat masa ni, IQ masih belum bekerja, hanya suami IQ bekerja dengan abah IQ memandangkan keadaan IQ yang semakin sarat. Dijangka bersalin awal tahun hadapan (doakan semuanya dipermudahkan)
Seronok ke tinggal dekat Terengganu ni?
Seronok memang seronok la kan? Langsung tak jem kecuali hujung minggu, sebab ramai orang akan lepak pantai. haha! Duduk kat kampung ni memang leisure habis la, steady jer...orang kata besorkan badan je lebih...haha! Tapi tak der la. Hari-hari masih sibuk dengan anak-anak. Standard life seorang suri rumah. Kalau boring, pergi la lepak tepi pantai. Bunyi ombak serius menenangkan perasaan. Suami IQ plak memang seorang yang suka memancing, laut dan diri dia memang sebati sangat. Masa nak cari rumah dulu pun kalau boleh nak yang boleh jalan kaki jer ke pantai tu. Tu lah dia...
Setakat sini dulu perkongsian IQ tentang kehidupan IQ dekat sini. Memang ramai tertanya-tanya macam mana kehidupan IQ kat sini. IQ happy jer kat sini. Alhamdulillah, berkat dekat dengan keluarga kan. Berkat doa daripada semua juga. Alhamdulillah, terima kasih semua. Doakan urusan bersalin IQ nanti dipermudahkan plak yer. Tak lama dah, tak tahu lah sempat tak nak up entry baru sebelum tu. Harap-harap ada la kelapangan macam sekarang ni. haha!
Till then semua...bai!
That's the article: Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran
You are now reading the article Hijrah Pulang Ke Kampung Kelahiran with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2021/11/hijrah-pulang-ke-kampung-kelahiran.html
Post a Comment