Title : Kempen Kembali Ke Sekolah, Jom Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-hari
link : Kempen Kembali Ke Sekolah, Jom Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-hari
Kempen Kembali Ke Sekolah, Jom Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-hari
Persekolahan sesi 2021 akhirnya berakhir. Bulan hadapan iaitu Mac 2022 akan bermula penggal persekolahan baharu. Qa'id, anak sulung IQ akan masuk darjah 1 tak lama lagi. Satu perasaan baru sebab waktu dia di tadika, tak terasa sangat sebab tadika kan? Masih fasa pra-persekolahan. Jadi, bila dah masuk sekolah rendah, perasaannya memang lain betul!
Bila dah nak masuk sekolah rendah ni, macam kita dulu-dulu jugak la kan? Mesti nak ada set baju skeolah baru, tudung sekolah baru, kasut baru dan juga beg sekolah baru! Teringat plak kenangan bila nak masuk sekolah dulu-dulu. Dan selalunya kita akan pergi ke kedai yang berbeza untuk beli jenis barang yang berbeza sebab dulu-dulu setiap jenis kelengkapan berada di kedai yang berlainan. Penat juga nak habiskan setiap barang yang perlu dibeli. Tapi nak buat macam mana kan?
Jom Shopping Barang Sekolah!
Hari sabtu yang lepas, IQ bawak anak sulung IQ ke Pusat Pakaian Hari-hari untuk beli kelengkapan sekolah dia. Kenapa IQ pilih Hari-hari? Sebab di Hari-hari semua barang kelengkapan persekolahan ada dijual di situ. Tak perlu kita nak menapak pergi ke kedai yang berlainan macam dulu-dulu dah...mudah sangat.
Macam-macam Ada!
Antara kelengkapan sekolah yang ada di Hari-hari termasuklah set baju sekolah dari sekolah tadika hingga menengah, kasut sekolah pelbagai design, pelbagai corak, pakaian dalam dan design untuk beg sekolah dan juga set baju sukan. Ada juga dijual set alat tulis dan botol air untuk anak-anak bawa ke sekolah. Faceshield dan facemask pun ada dijual di sini. Senang boleh grab terus untuk pakai pergi sekolah nanti. Cukup lengkap semuanya di bawah satu bumbung.
Beg sekolah, vest, innerwear, kemeja sekolah |
Banyak pilihan, banyak saiz |
Kelengkapan sekolah yang cukup |
Untuk orang yang noob tentang baju sekolah mana yang terbaik untuk dipilih dan dipakai oleh anak-anak macam IQ ni, ada pekerja di Hari-hari yang boleh membantu untuk pilih mana THE BEST. Biasalah kan, 1st timer mom bila anak nak mula sekolah rendah. Kain baju sekolah mana yang selesa dipakai pun tak tahu yang mana lagi. Wajib perlukan bantuan untuk pendapat kan? Macam nak letak bendera putih lepas tu laung Mayday! Mayday! Tolong saya pilih kain baju sekolah mana yang terbaik! huhu... Nasib pekerja di Hari-hari pun peramah dan baik, sudi menolong IQ di saat kesusahan ni. hehe.
Pekerja Hari-hari sangat membantu IQ memilih kain baju sekolah yang selesa dipakai |
Kita try skeettt |
Ok, seluar plak |
Boleh Tukar Ke Kalau Tersalah Beli?
In case korang beli baju sekolah anak terbesar atau terkecil, korang boleh tukar dalam tempoh masa 7 hari dari hari pembelian. Biasalah kan, kadang tersilap ambil saiz ke, tak pun duk fitting sekali dengan baju sebelumnya. Tak pasal-pasal kena tukar lagi. Tak per, tukar jer. Yang penting tag harga dan resit masih ada semasa proses penukaran barang tersebut.
Muat ni. ok done seluar! |
Nak yang ni jugak? Suruh ambik yang ada tayar tak mau sebab kartun feveret katanya |
Cawangan Hari-hari Di Mana Ada?
Korang mesti terfikir kan, ada ke cawangan Hari-hari yang terdekat dengan rumah korang? Jangan risau, Hari-hari ada 90 cawangan di seluruh Malaysia ni. Korang boleh cek lokasi Hari-hari yang berhampiran dengan rumah korang di sini.
Semua ada, kasut sekolah pun ada ha, suka betul Qa'id dapat pilih design yang dia nak |
Keperluan di musim pandemik pun ada yer, faceshield ni pun ada dijual. Boleh grab untuk anak sekali |
Takut Nak Pergi Kedai Beli Barang Sekolah Anak?
Tapi IQ faham, dengan musim pandemik sekarang ni mesti ramai ibu bapa yang risau nak keluar untuk beli barang sekolah anak-anak kan. Angka jangkitan memang makin lama makin menaik dan kita sebagai ibu bapa kena bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan anak-anak. So, kalau korang nak beli barang sekolah anak-anak secara Online pun boleh di Online Store Hari-hari. Semuanya ada sama seperti di kedai fizikal Hari-hari.
Di Online Store Hari-hari, Kempen Back To School rancak diadakan. Untuk barang sekolah RM10 dan ke atas, korang layak untuk menerima diskaun sebanyak 10% untuk setiap barangan kelengkapan sekolah. Menarik kan? Beli banyak-banyak lepas tu dapat diskaun pastinya berbaloi sangat! Kempen bermula sekarang sehingga 31 Mac 2022.
Untuk ibu bapa yang suka beli di Shopee, korang pun boleh beli kelengkapan sekolah anak-anak ni di Shopee Hari-hari. Mesti ada yang suka shopping dekat Shopee sebab ada free shipping kan? IQ pun suka shopping dekat Shopee sebab free shipping. Di Shopee Hari-hari pun boleh dapat free shipping untuk pembelian RM15 dan ke atas. Sama seperti di Online Store, Shopee Hari-hari pun menawarkan 10% diskaun untuk setiap barangan sekolah dan 5% tambahan untuk pertama kali menjadi follower Shopee Hari-hari dengan minimum purchase RM50.
Alamak! IQ lupa la nak beli set baju sekolah agama untuk Qa'id! Adehai. Tapi tak perlah, boleh pergi lagi. Lagipun tak jauh dari rumah. Nak selamat, boleh beli online. Dapat diskaun plak nanti. Apa lagi korang, MARILAH PERGI HARI-HARI! Confirm puas hati!
Marilah Pergi Hari-Hari! |
That's the article: Kempen Kembali Ke Sekolah, Jom Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-hari
You are now reading the article Kempen Kembali Ke Sekolah, Jom Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-hari with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2022/02/kempen-kembali-ke-sekolah-jom-beli.html
Post a Comment