Title : Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Nuh Iman
link : Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Nuh Iman
Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Nuh Iman
Salam semua...
Akhirnya mood nak menulis kembali lagi. Menyambut penghabisan tempoh berpantang ni, marilah kita sama-sama membaca pengalaman IQ bersalinkan anak ketiga IQ ni. hihi. Memang betul la orang kata yang setiap anak ni pengalaman bersalinnya berbeza. Anak sulung IQ sampai la yang ketiga ni lain-lain pengalamannya. Tanda nak lahir pun lain. Alhamdulillah, dapat rasa kelainan tu, dapat pengalaman berharga.
Kisah bermula pagi 10 Januari 2022. Macam biasa pagi-pagi IQ akan sibuk dengan urusan rumah. Kebetulan pula suami tak bekerja disebabkan malam sebelumnya bawak Qa'id ke hospital disebabkan cirit birit. Balik lewat pukul 3 pagi. So, off day hari berkenaan.
TIBA-TIBA...
Tengah-tengah nak angkat laundry pergi ke mesin basuh di bahagian belakang rumah, tetiba je rasa macam terkencing. Ahh sudah...first time ni rasa macam ni. Tapi pernah baca tentang air ketuban pecah rasa dia macam terkencing. Seluar tidur masa tu pun dah basah. Terus bagitahu suami IQ. Mula-mula dia macam dengar tak dengar tapi bila ulang bagitahu air ketuban dah pecah, haaa...terus dia menggelabah suruh pergi bersiap.
Nasib barang baby dan sendiri dah prepare sebelumnya. Lepas tu, IQ terus mandi dan bersiap. Call adik untuk minta jagakan budak berdua ni buat sementara waktu. Lepas dah hantar budak-budak kat rumah adik, singgah rumah abah dan mama dan juga rumah tok dan tokki. Sempat lagi nak singgah-singgah kan? Sebab tak rasa sakit apa pun lagi. Air ketuban memang dah keluar tapi sakitnya tak ada.
Lepas dah singgah macam-macam tempat, terus ke Hospital Dungun. Target nak bersalin dekat situ jer sebab malas nak pergi hospital lain yang jauh. Sementara tu, sempat la makan ais krim sundae strawberry. Makan selagi boleh yer. Nanti dah bersalin, lama ni nak puasa minum ais dan makan ais krim ni. huuu...
Sampai Hospital Dungun, terus cek CTG macam biasa. Tukar baju, soal siasat dari Nurse semua. Kalau dari pendapat doktor dan nurse, IQ cuma leaking air ketuban sebab air ketuban yang keluar tidak la banyak macam biasa orang tengok dalam tv tu. IQ cuma leaking dalam some amount jer dan dorang akan pantau selama 12 jam selepas air ketuban IQ leaking ni.
Kenapa 12 jam? Sebab kalau lepas 12 jam, masih tak bersalin, IQ akan kena transfer ke Hospital Besar di Kuala Terengganu. Risau baby akan kena jangkitan kuman dalam perut, dan mungkin akan dipaksa bersalin disebabkan IQ dah cukup term mengandung. Dah 38 minggu masa tu.
So, sepanjang 12 jam di Hospital Dungun memang tak ada sakit melainkan tanda-tanda darah sikit yang keluar. Tanda darah yang keluar tu pun proses juga. Tapi still tak ada rasa sakit. So, akhirnya IQ dibawa ke Hospital besar di Kuala Terengganu dengan ambulans. Mujurlah petangnya suami IQ bagi barang siap-siap. IQ tak nak suami ikut belakang ambulans ke hospital malam tu sebab IQ fikir mesti take time dan masuk wad terlebih dahulu. Bergerak la IQ sambil sendu sorang-sorang dalam ambulans. huhu.
NENONENONENOOO...
Gambar bagi report kat suami...bergerak ke hospital besar |
IQ sampai di Hospital K.Terengganu hampir pukul 11 malam. Cek CTG dan cek jalan kot2 ada memandangkan IQ dah rasa sikit-sikit contraction. Masih 1 cm. Doktor minta masuk wad sebab dah cukup term dan akan dipaksa bersalin. Doktor cakap dah lebih 12 jam air ketuban leaking dan risau baby mula makan najis dia sendiri. So, doktor akan masukkan ubat keesokan hari kalau masih tiada proses bukaan jalan.
Dah Mula Dah...
Admit wad. Masa ni contraction makin rancak pulak. Start pukul 12 tengah malam hingga ke pagi memang layan contraction yang makin kuat. Selang 5-10 minit contraction nya. Pukul 3 pagi ada doktor pasangkan jarum kat tangan belah kiri masa tu pun tak terasa sangat sebab contraction lagi kuat. huhu. Masa mula-mula admit nurse ada pesan lepas solat subuh pagi tu beratur kat bilik sebab doktor nak cek jalan. So, lepas solat subuh, memang beratur sambil menahan contraction.
Bila cek jalan pada pukul 6.30 pagi, dah 3cm. Tapi sakitnya melayan contraction macam jalan dah buka 5-6cm. Layan contraction lagi. huhu. Sarapan pagi pun sampai pukul 8 pagi. IQ sejak masuk hospital tak makan banyak sangat. Makan roti, nasi goreng kurang rasa...itu jer makan masa admit dari Hospital Dungun. Sarapan pagi makan roti sandwich dengan air milo. Makan untuk tenaga nak teran bersalin nanti ni. Harapnya lah..huhu.
Tiba Masanya...
Contraction makin rancak. Tak sampai setengah jam lepas sarapan, dah rasa sakit sangat-sangat. Selang 4-5 minit sakitnya datang. Pergi bilik doktor, mintak doktor atau nurse tengok jalan bukaan dah berapa cm. Bila cek, dah 6cm. Syarat untuk dibawa ke dewan bersalin mesti 5cm. So, apa lagi...terus kena tolak pergi dewan bersalin. Mesej suami siap-siap cakap nak ke dewan bersalin sebab handphone tak boleh bawak.
Suami boleh masuk teman kat dewan bersalin. Tapi perlu buat RTK terlebih dahulu di pintu masuk dewan bersalin. TAPI... suami IQ pun lambat gerak dari Dungun sebab uruskan budak berdua tu. Jadinya, suami IQ tak sempat temankan IQ sepanjang proses bersalin.
Bila dah masuk bilik bersalin, contraction memang lagi kerap. Selang seminit. Lagi-lagi bila balance air ketuban dikeluarkan. Selawat dan doa memang tak lepas baca setiap kali sakit datang. Sakit bersalin yang ketiga ni sama macam beranakkan si sulung. Kelam kabut pun ada. Masa tengah sakit pun kena soal macam-macam. huhu. Paling rare dan tak pernah-pernah berlaku sebelum ni, IQ muntah masa layan contraction ni. Tenaga habis melayan contraction. Sampai muntah balik apa yang IQ makan pagi tu. Nasib bagitahu nurse cepat-cepat, terus nurse bagi plastik untuk muntah.
Allahuakbar.....
Terasa give up pun ada masa melayan contraction ni. Sebab tak ada tenaga. Dalam kepala terfikir nak ceaser je. IQ memang kalah betul bila fikir tentang contraction ni. Memang part yang IQ gerun bila bersalin adalah layan contraction. Memang sakit. huhuhu...Nurse nak bagi gas entonox tu, tapi IQ tolak bila nurse cakap mungkin akan jadi loya dan muntah. Tak nak la muntah lagi. First time ni tolak gas entonox. Anak-anak sebelum ni semua IQ sedut gas bagi khayal tu. hehe.
Akhirnya...
Dan bila sampai masanya, IQ cuba teran sekuat mungkin. Nasib IQ pandai meneran. Dari anak pertama hingga ketiga ni, IQ pandai teran. Sesetengah orang tak reti nak curi nafas, sesetengah orang tak tahu pun nak teran macam mana. Alhamdulillah, selepas beberapa kali teran, keluarlah seorang lagi anak lelaki IQ pada pukul 9.42 pagi. Tapi IQ tak dapat skin to skin sebab dorang bawak lari baby cepat. Cuma bagitahu jantina baby jer. Nurse cakap baby dibawa ke SCN sebab pernafasan dia agak laju. Alahai baby ibu...
Dah selesai meneran, IQ jadi lemah sangat-sangat. Tak pernah IQ rasa selemah ni selepas bersalin. Bersalinkan yang pertama dan kedua pun tak rasa macam yang ketiga ni. Orang kata anak ketiga tak kan kena jahit lagi kan? Depends jugak sebenarnya. Dan IQ pun kena jahit juga yang ketiga ni. Rezeki masing-masing. Kan? yang penting, semuanya selamat.
Selesai semuanya...
IQ dibawa balik ke wad tanpa baby pukul 11.30 pagi. 3 jam proses bersalin dekat wad bersalin. Kenalan sebelah katil pun terkejut sebab rasa macam cepat sangat. IQ pun tak sangka pun secepat tu. First thing bila dah naik atas katil sendiri, contact suami! Kebetulan suami IQ pun baru sampai dekat hospital. IQ bagitahu IQ dah bersalin. Suami terkejut jugak sebab dia ingat lambat lagi. Rupanya dah siap naik wad balik dah. huhuhu..
Suami datang wad tengok IQ dan ambil uri. IQ suruh suami IQ pergi tengok baby di SCN. Suruh ambik gambar baby siap-siap kalau dapat sebab IQ langsung tak dapat tengok baby sejak baby lahir. Sedih woo perasaan tu. huhu..rezeki suami dapat tengok baby dulu. Dan ada hikmah juga baby masuk SCN sebab keadaan IQ lepas bersalin tersangatlah lemah. IQ baring dari tengahari sampai lewat petang baru dapat bangun tepi katil. Tenaga terasa hampir kosong masa tu. Mujur masa suami datang tu waktu makan tengahari. Dapat la suami tolong IQ masa makan.
1st gambar suami ambik dekat SCN |
Waktu malam lepas bersalin, terasa sayu nak menangis tapi memang dah menangis pun..huhu... Emosi ibu bersalin tapi baby dekat wad lain. Tacing kejap. Tapi...tetiba nurse datang bawak baby coat kosong. Katanya kejap lagi baby turun. Baby dah stabil dah. So, boleh duduk dengan ibu. Hati yang sedih tetiba jadi gembira yang amat. Terus prepare baju baby sebab baby tak pakai baju sendiri masa kat SCN. Kena tukar pakai baju sendiri dekat wad biasa.
Lepas sejam ke dua jam (sempat la IQ terlelap kejap), baby pun sampai. IQ dapat tengok gambar baby jer sebelum tu. Masa ayahnya melawat di SCN sempat ayahnya ambik gambar. Tapi bila dah ada depan mata...Allahuakbar...anak ibu dah ada depan mata ibu. Gembira betul rasa hati. Dapat la IQ tidur dengan baby malam tu.
First time jumpa ibu dekat wad, dah reunite balik. |
Keesokan harinya kitaorang dapat keluar wad lepas semuanya selesai. Banyak pemeriksaan dibuat. Alhamdulillah, semuanya baik-baik jer. Sambung layan klinik je la lepas tu sebab demam kuning baby agak lama.
Ok, siap mandi dah. Boleh balik. |
Demikianlah cerita IQ bersalinkan anak ketiga IQ yang diberi nama Muhammad Nuh Iman. Nama anak semuanya suami IQ yang beri kecuali yang sulung tu IQ namakan. IQ ada cadangkan nama lain sebelum tu tapi tetiba nama Nuh Iman plak jadi pilihan suami. IQ layankan jer sebab comel jer nama tu bagi IQ dan yang paling penting, ada maksud yang baik.
Panjangnya kisah bersalin kali ni. Pengalaman kan? Rasa serik ke nak bersalin lagi? Kadang macam serik, kadang macam tak. Jangan tak sampai setahun, muncul kat dewan bersalin lagi sudah laaa IQ. hahaahaha!!
Gambar terkini, baru sebulan lebih, dah rupa macam 2-3 bulan da ibu tengok |
Till then, bai!
That's the article: Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Nuh Iman
You are now reading the article Pengalaman Bersalin Anak Ketiga Nuh Iman with link address https://updatesapilipinas.blogspot.com/2022/02/pengalaman-bersalin-anak-ketiga-nuh-iman.html
Post a Comment