Cabaran minggu pertama dah pun selesai. Tup tup dah seminggu kan team-team Jom Kurus 1 Malaysia ni berusaha untuk berikan input terbaik bagi setiap pesertanya. IQ juga tak ketinggalan untuk rasai setiap pengalaman menurunkan berat badan ni secara sihat. Makan dengan lebih sihat menjaminkan
kehidupan yang lebih terjamin. Gituuu.
Disebabkan IQ bekerja di Shah Alam, training iaitu Fitness Test di sebelah petang IQ tak dapat join bersama Team KLCC Charlie. Namun, jadual untuk Team Kapten Black sangat-sangat fleksibel dan tetap
berikan peluang bagi orang yang bekerja macam IQ ni untuk lakukan aktiviti bersama kumpulan kitaorang.
 |
| Game start! |
Aktiviti malam lebih kepada game dan kali ni game yang dipilih adalah Dodgeball. Dodgeball ni macam bola beracun zaman kita kecik-kecik dulu juga la. Kena elak bola dari kena badan kita. Nampak macam mudah jer kan? Tapi hakikatnya bukan semudah yang disangka. Bola laju macam peluru, sekali kena pusing kepala kejap. Mujur la bola Dodgeball tu lembut jer tau! haha!
Game Dodgeball kali ni diadakan di Ampang Sports Planet. Sebelum aktiviti Dodgeball dimulakan, senaman regangan dilakukan. Taklimat ringkas mengenai peraturan permainan Dodgeball diberikan. IQ dapat belajar tentang permainan Dodgeball ni lebih mendalam. Sebelum ni hanya dengar orang bercerita itu dan ini jer tentang permainan ni. Sekarang ni, main laa ape lagi kan? hehe.
 |
| Panaskan badan |
 |
| Taklimat tentang dodgeball |
DODGEBALL BERMULA!
Permainan dimulakan dan IQ hanya lihat dari tepi dulu. Nak tahu macam mana cara nak main Dodgeball ni. Sekali Capt kata,"HIT!" "OUT!" "LIVE BALL" "FOUL" . Dah mula nampak corak permainannya macam mana. Rasa tak sabar nak take part untuk main sekali ni.
 |
| Bersedia! |
 |
| Baling idary! |
Bila dah tiba giliran kena main, dah mula rasa tak senang. Haishh, mudah ker nak main game ni? Ker susah? Main elak-elak dulu lah. Haha! Nak baling bola dah kelaut pergi bola tu. Last-last tinggal sorang dalam court, dah jadi mangsa tuju oleh pihak lawan jer. Ilmu tentang Dodgeball ni masih cetek, kena asah lagi ni.
Permainan ditamatkan dengan sesi cooling down. Masa ni dah terasa kaki tangan dah macam nak cramp. Dah lama tak join sukan, memang mengundang sakit la kan. Senaman cooling down ni bantu IQ untuk kurangkan rasa sakit otot ni. Tapi 2 3 hari kemudian, mula dah jalan macam orang lepas bersalin. Kejang habis! Alahai...tapi apa-apa pun permainan Dodgeball ni sangat best dan enjoy! Bak kata blogger
Zarin, ketagih!
 |
| Selesai cooling down. |
Info lanjut korang boleh dapatkan di laman web rasmi Jom Kurus 1 Malaysia di bawah.
Disclaimer: Gambar diambil daripada Facebook Fanpage Kapten Black melainkan yang dinyatakan di dalam gambar.
Post a Comment