Bila Rindu Itu Datang Menerpa...AKU KALAH

Qa'id dibawa keluar oleh pak ngah nya ke pasar malam. Malam ni malam jumaat. Baca Yassin kepada kedua Arwah yang disayangi. Moga doa ini sampai dan merahmati roh2nya...

Namun, bila bersendirian begini, mulalah perasaan muncul bermacam jenis. Bila kenangkan Arwah dekat sana, terasa rindu yang amat nak berbual mesra, nak bergurau senda. Allah...

Setiap kenangan lalu menerjah masuk ke dalam minda. Air mata mula bertakung....dan rindu datang bertubi-tubi. Kenangan yang tak pernah dilupa...memasuki segenap pelusuk minda.

Rasa nak meraung namun ditahan. Rasa nak menjerit namun disekat. Hanya mampu nangis dengan esakan paling sebak. Tak mampu lagi nak tanggung rindu pada yang telah pergi jauh sana.

Mainan perasaan. Jika keseorangan pasti jadi seperti itu. Itu sebab tak suka duduk sorang2. Lebih banyak sibukkan diri dengan pelbagai perkara. Sengaja. Yer. Sengaja sibukkan diri. Tak nak perasaan sendiri menguasai diri.

Jangan ditanya jika tak lekat di rumah. Jangan ditanya kenapa sentiasa busy ke sana ke mari. Lebih baik sibuk dari tanggung air mata rindu. Belum rasa, jangan cuba nak rasa. Menyesal nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Iklan In-Feed (homepage)